Gila (lagu)

"Gila" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Kaka Azraff bersama-sama dua penyanyi rap Malaysia, Loca B dan Noki dari kumpulan K-Clique. Lagu ini dicipta oleh Ezra Kong[1] dan dikeluarkan pada 31 Julai 2020 oleh Black Hat Cat Records melalui YouTube. Lagu ini dihasilkan ketika seluruh dunia berdepan dengan pandemik COVID-19 yang membawa rasa resah gelisah. Gila menceritakan tentang keperkasaan diri dalam menangani kecelaruan yang membelenggu minda dan jiwa dengan menguasai rasa gentar dan terus menanam semangat waja menjalani kehidupan[2]. Lagu ini dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35 yang dianjurkan oleh TV3 Malaysia pada 14 Mac 2021[3].